Friday, June 11, 2010

remaja kini

mgkn 10 tahun akan datang, pemimpin pada masa kni perlu di ganti dengan muka2 bru...tp persoalan nyer mmpu ke negara kita sediakan pemimpin yang hebat setanding dengan pemimpin yang ade kini????

knpa persoalan ini wujud????
cuba anda lihat remaja kini...layakkah mereka menjadi pemimpin dan merealisasikan negara maju menjelang 2020???


tepuk dada tnyer diri sendiri...

ini merupakan gejala yang berlaku dalam kalangan remaja






kisah remaja yang lari mengikut kekasih juga kerap berlaku sejak kebelakangan ini....
contohnya berita semalam di utusan malaysia

utk berita penuh klik DISINI



Pintu rumah Ahli Majlis MPK terbakar dibaling bom petrol


SHAH ALAM - Rumah Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), S. Selvadurai di Jalan Bungur Off Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang dekat sini dibaling bom petrol malam kelmarin.

Ketika kejadian pada pukul 12.10 tengah malam, Selvadurai, 48, dari parti DAP yang sedang menonton televisyen selepas pulang dari rumah saudaranya terkejut apabila mendengar bunyi benda pecah sebelum melihat api di hadapan pintu rumahnya


berita penuh di KOSMO

Banjir kilat ragut 16 orang pendaki gunung di Arkansas

CHICAGO 12 Jun - Banjir kilat yang melanda tapak perkhemahan di kawasan pergunungan di negeri Arkansas semalam telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 16 orang pendaki dan operasi gerakan menyelamat telah dilancarkan di kawasan berkenaan.

Helikopter berlegar-legar meninjau di sepanjang lembah Sungai Missouri untuk mengesan mereka yang terselamat selepas hujan lebat yang mencurah sehingga 15 sentimeter tengah malam semalam di sekitar kawasan pendakian terpencil itu.

“Sekurang-kurangnya 16 orang telah disahkan mati setakat ini dan kami yakin masih ada mangsa yang terperangkap di kawasan tersebut,” kata jurucakap polis, Bill Sadler kepada CNN.

“Misi utama polis dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di Arkansas sekarang adalah untuk membawa keluar mayat-mayat dari tempat kejadian dan operasi mencari kini masih berterusan,” katanya. - AFP

Majlis perkahwinan diserang, 40 maut


Sekumpulan pihak yang tidak dikenali melancarkan serangan nekad ke atas satu majlis perkahwinan di selatan Afghanistan lewat malam tadi, meragut 40 nyawa dan 74 yang lain cedera.

Menurut pegawai, butiran insiden itu di wilayah Kandahar serta motif serangan masih belum jelas, tetapi pemberontak sering menjadikan pegawai kerajaan dan polis di kawasan yang dikuasai Taliban itu sebagai sasaran serta menggunakan keganasan ke atas orang awam bagi menakut-nakutkan mereka.


berita penuh DISINI

Ajal kembar


Sepasang kembar perempuan menemui ajal bersama selepas terbabit satu kemalangan jalan raya di Kilometer 2.7, Jalan Raja Syed Alwi, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Pasangan kembar berusia 22 tahun itu, Fatimah Kamis dan adik kembarnya, Aishah Kamis maut selepas motosikal jenis Kriss yang dinaiki dilanggar sebuah kereta.

Lebih memilukan ketika kejadian, Fatimah mengandung tiga bulan dan bakal menimang cahaya mata sulung, manakala Aishah pula akan melangsungkan pertunangan dengan pemuda pilihannya dari Taiping, Perak dalam tempoh terdekat.



tekan DISINI untuk berita penuh